1.0 PENGENALAN PING PONG
Sukan ping pong @ ‘table tennis’ adalah sukan yg dimainkan oleh 2 atau 4 orang & menggunakan raket (juga dikenali sebagai bats / paddles) utk memukul bola pingpong ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas & di tengah-tengah meja kena diletakkan jaring setinggi lebih kurang 15 cm.
Semasa permainan bermula, pemain perlu membenarkan bola melantun 1x sahaja dlm area sendiri sebelum memukul bola tersebut ke area pihak lawan. Points akan dikira bila pemain gagal kembalikan bola mengikut peraturan yg ditetapkan.
2.0 SEJARAH & PERKEMBANGAN PING PONG
2.1 Pada mulanya permainan ping-pong merupakan aktiviti masa lapang yg disukai penuntut-penuntut universiti Britain. Corak permainan ini telah didaftarkan tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, & James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik bola mainan dari Amerika yg kemudiannya diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah @ gabus yg digunakan pada masa itu.
Tindakan ini membuahkan hasil & beberapa pengilang mula memasarkan rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam & Table Tennis. Apabila raket yg kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong dicipta. Ia diambil dari bunyi ‘ping’ apabila bat bertembung dgn bola & bunyi ‘pong’ terhasil dari bola melantun di meja
James Gibb menca&gkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini sesuai utk bet, bola & jaring keluaran mereka. Pada tahun 1902, seorang professor Jepun membawa balik permainan ini ke Jepun & perkenalkannya kepada pelajar di sana. Tak lama kemudian seorang penjual British, iaitu Edwards Shires memperkenalkan permainan ini kepada orang Vienna & Budapest. Dgn itu benih perkembangan sukan pingpong telah tersemai & mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia.
Persatuan Pingpong telah dibuka. Kejohanan Sedunia yg pertama diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya seorang yg berbangsa Hungary, Dr. Jacobi.pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, kemahiran beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap mendapat perhatian serius dunia.
Pemain eropah boleh dikatakan menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan utk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini mengalami corak perubahan besar pada tahun 1950-an dgn kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu bahan baru utk membuat bet.
Sebelum ini bet yg dibuat dari getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yg dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi teknologi baru ini yg diperkenalkan oleh orang Jepun amat menakjubkan.
ITTF sebagai ba& pengawal dgn cepat mengadakan peraturan utk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pan&gan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan tak adil pada sesetengah pemain. Ketebalan span & getah sandwich adalah dalam kawalan & ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah berubah. Para juara kini mengukuhkan gaya kepantasan & putaran serangan laju (fast attacking speed and spin).
Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan & keyakinan mereka sekali lagi & bertanding hebat dgn pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yg telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita.
Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, & Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua & Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yg menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong & sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary & Rusia.
Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin kukuh & ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yg diberikan kepada permainan ini sebagai salah satu acara olimpik & ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988.
Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir perseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yg ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.
Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan & persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 & dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan & selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dgn aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara.
Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dgn permainan pingpong & ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yg terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, & sehingga 1982, pertandingan utk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yg baik & diharapkan kelama-lamaan, tak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini.
Pada tahun 1972, satu pasukan yg terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun & kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yg mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita.
Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 & sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia. Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi & jawatankuasa teknik utk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah ba& sukan pingpong tertinggi dunia.
Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yg diberikan ITTF kepada Malaysia utk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) & ke-12 (1991) dgn jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yg tinggi.
Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun & Korea Selatan utk mendapat latihan intensif yg lengkap. TTAM juga berhasrat utk mencari bakat baru yg terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum utk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri & Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa & 400 pengadil kebangsaan yg menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing & juga pertandingan kebangsaan.
3.0 PERALATAN PERMAINAN
Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan dgn teliti & teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang & tak memerlukan penyelenggaraan yg tinggi.
Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu)
. 3.1 Meja Meja
Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang & 1.56 m lebar & tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap & pudar keseluruhannya dgn satu garisan putih yg tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yg sama oleh satu jaring yg selari dgn kedua-dua garisan permukaan meja. Utk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yg sama oleh garisan tengah yg tebalnya 3 mm & selari dgn garisan tepi meja.
3.2 Bola Bola
Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm & berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yg sama & berwarna putih atau kuning yg pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing utk latihan & pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi & harganya taklah mahal.
3.3 Jaring
Jaring utk permainan pingpong terdiri dari jaring & peralatan utk memasangnya ke meja pingpong, & sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dgn 1.525 di atas meja & 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.
3.4 Bet
Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini, sehingga utk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yg baru belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yg boleh diikuti. Bet berbeza mengikut bentuk & corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tak selesa dipegang, kita tak harus memilihnya.
Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita & membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita. Berat bet & jenis bet yg digunakan juga harus membenarkan keselesaan & bersesuaian dgn corak permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yg tak melebihi lima lapisan getah.
Getah yg digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik ‘reverse’ yg licin & rata dgn lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah & diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar (pimples out) dgn atau tanpa satu lapisan span. Utk pertandingan, semua getah yg digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.
Getah yg digemari ramai ialah getah yg terbalik (reverse) yg boleh mengubah sifat-sifat kelajuan & putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal & keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah un&g-un&g pingpong, tebal keseluruhan getah & span tak boleh melebihi 4 mm.
Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah sebelah berwarna hitam & sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yg dicelup tetapi bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek & bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak penyerang utk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai darjah kawalan yg tinggi. Kelemahannya ialah putaran yg dijanakan adalah tak sekuat putaran getah terbalik.
Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 & 1987. Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yg menggunakan corak permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas & memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dgn baik. Seorang pemain pakar dalam bi&g ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara & beliau sekarang mewakili Great Britain.
3.5 Pemain & Pakaian
Seperti yg dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan lelaki & wanita & beregu lelaki & wanita & beregu campuran. Pakaian utk seorang pemain lelaki & wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking & kasut. Warna baju & seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan yg diwakilinya. Pakaian yg sesuai & selesa dapat membantu sewaktu permainan.
3.6 Kawasan (Arena)
Permainan Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yg berdaftar, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan & sebagainya. Arena permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan & pihak penganjur.
Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, & 4 meter tinggi utk satu-satu gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yg tingginya 75 cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dgn jarak tak kurang dari 4 meter dari lantai.
Di negara kita terdapat banyak dewan & stadium tertutup yg sering digunakan juga utk perlawanan & pertandingan pingpong sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara & Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf dunia.