Warming Up adalah satu aktiviti dimana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yg dilakukan nnt dapat dijalankan dgn lebih berkesan..
Warm up merangsang penambahan oksigen dlm tubuh & mengaktifkan pengeluaran hormon yg akan membantu dlm proses penyaluran tenaga ke bahagian otot. Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan & membuka liang roma utk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
2. Kepentingan Warming Up / Memanaskan Badan
• Meningkatkan kadar degupan jantung atau peningkatan kadar nadi (bpm)
o Secara umumnya penambahan intensiti dlm aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan utk menyalurkan oksigen & nutrisi ke seluruh tubuh badan.
o Saiz salur darah mengembang bgi memudahkan proses penyaluran darah yg lebih efisi
o Peningkatan pengaliran darah ke bahagian otot meningkatkan penghantaran bekalan tenaga ke seluruh badan.
o Menyediakan sistem kardiovaskular utk bersedia menghadapi aktiviti yg lebih berat yg akan memberi impak kepada jantung.
• Peningkatan pengeluaran hormon
o Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin & hormon-hormon lain yg membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres & meningkat kadar metabolisma
o Peningkatan kadar cecair Synovial di bahagian sendi bgi memberi pelinciran sendi utk mengurangkan geseran serta melancarkan pergerakan.
• Mengurangkan kadar risiko kecederaan
o Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot.
o Peningkatan kadar oksigen & hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan & mengurangkan risiko kekejangan.
o Rembesan hormon meningkatkan kawalan motor dlm pergerakan otot.
• Mekanisma pelepasan haba dlm badan diaktifkan
o Liang roma akan terbuka bgi memudahkan proses penyejukan badan.
o Peningkatan suhu otot merangsang proses penyejukan otot.
• Merangsang Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System)
o Merangsang transmisi & penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak & sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak utk berhubung dgn lebih baik).
o Meningkatkan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin & adrenalin.(Happy Hormon/hormon baik)
o Merangsang pemikiran utk lebih peka kepada aktiviti, meningkatkan sistem kawalan motor otot & meningkatkan kawalan koordinasi dlm menjalankan aktiviti fizikal.
• Merangsang peningkatan pergerakan otot.
o Pergerakan otot menjadi lebih efisien & lebih teratur.
o Mengurangkan risiko kekejangan otot di mana sistem; tlh dibekalkan dgn oksigen & elektrolit dari penyaluran darah yg efisi
o Proses penceraian antara hemoglobin (sel yg mengikat oksigen) dgn oksigen berlaku dgn lebih jitu.
o Proses pengumpulan asid laktik dapat dilengahkan.
Meningkatkan prestasi semasa bersenam.
• Otot yg diregang & dipanaskan sebelum bersenam menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dgn lebih baik.
• Aktiviti ini akan menjadikan senaman kita lebih berkesan.
: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cik Syeda, sy nk beli meja ping pong bugsport tu.
Saya duk RENGIT, BT.PAHAT JOHOR.
brp total costnya?
jika beli dgn batt sekali brp rm?